Pecahan Wakaf pengertian mengenai pecahan wakaf

Pengertian Mengenai Pecahan Wakaf

Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
  2. wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

  3. Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
  4. Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am bermaksud sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak. Wakaf khas pula bermaksud wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.